Cinta al-Mawaddah adalah jenis cinta menggebu-gebu, membara dan mekar. Orang yang memiliki cinta jenis
mawaddah, mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya, dan hampir tidak
boleh melihat cinta yang lain. Kebiasaan cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru kahwin atau cinta
seorang hamba yang soleh kepada ALLAH. Sentiasa akrab dan intim.
2. Cinta ar-Rahmah ( PENGORBANAN)
Cinta ar-Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia
melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding
diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan kekasih meskipun untuk itu dia harus menderita. Dia
sangat maklum akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.
CINTA al-MAWADDAH dan ar-RAHMAH ini dipetik daripada SURAH ar-RUM ayat 21.
3. Cinta Kulfah ( MENDIDIK )
Cinta kulfah adalah jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif
meskipun sulit seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan kamar sendiri meskipun
ada pembantu. Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari. Jenis cinta ini disebut di dalam
al-Quran ketika menyatakan bahawa ALLAH tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan
kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yang mandiri .
SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH dalam SURAH al-BAQARAH ayat 286.
4. Cinta al-Mailu ( TIDAK KERUAN )
Cinta l-Mailu adalah jenis cinta yang bermusim dan tidak keruan. Ia berlaku dalam situasi tertentu yang
melibatkan pihak kedua atau ketiga. Sifat cinta ini adalah sementara membara, sehingga tertimbus seluruh
perhatian terhdap hal-hal lain. Cinta jenis ini di dalam al-Quran disebut dalam konteks orang berpoligami di
mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail ) , lebih cenderung mengabaikan
kepada yang lam. Hal ini dipetik daripada SURAH an-NISA' ayat 129.
5. Cinta asy-Syaghaf ( MABUK ASMARA)
Cinta ini adalah jenis cinta yang sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan. Orang yang diserang
cinta jenis ini menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukan.
AL-Quran menggunakan perumpamaan cinta syaghaf ketika mengisahkan bagaiman keadaan Zulaikha,
isteri pembesar Mesir kepada anak angkat bujangnya, Nabi Yusuf. Cinta ini mendesak Zulaikha untuk
berbuat zina dengan anka angkatnya. Tapi, ALLAH menyelamatkan Nabi Yusuf dari godaan ibu angkatnya.
SEBAGAIMANA merujuk SURAH YUSUF ayat 30.
6. Cinta Ra'fah (DAYUS )
Cinta ini adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih yang dalam sehingga mengalahkan norma-norma
kebenaran misalnya ibubapa yang kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk
solat dan membelanya meskipun anak itu salah. Suami yang kasih kepada isteri sehingga sanggup membiarkan
isteri berbuat dosa. Ini adalah cinta dayus.AL-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan
manusia agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum ALLAH, dalam hal ini
menjurus dalam hukuman bagi penzina.
SEBAGAIMANA merujuk SURAH an-NUR ayat 2.
7. Cinta Shobwah ( SYAHWAT )
Cinta ini adalh jenis cinta yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.
AL-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan
dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf memohon dimasukkan ke dalam
penjara kerana tidak ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan yang bodoh.
SEBAGAIMANA merujuk kepada SURAH YUSUF ayat 33.
"AKU MENCINTAIMU KERAN AGAMA YANG ADA PADAMU, JIKA KAU
HILANGKAN AGAMA DALAM DIRIMU, HILANGKAN CINTAKU PADAMU"
( IMAM NAWAWI )







No comments:
Post a Comment