Friday, 17 June 2011

Milik Siapakah Hati Ini ?

Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita. DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.
Ketahuilah bahawa tika jendela hati terbuka, tiada tembok konkrit yang mampu menghalang kejayaan. Kita ada senjata hebat; antaranya solat, puasa, sedekah, zikir dan doa. Yakinlah bahawa pergantungan kepada-NYA mampu mencairkan hati yang sekeras kerikil malah doa merupakan kunci kekuatan dalaman setiap insan.
alt

Cerpen Kopi Masin

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

padan muke ko !

hahahhahahahah !

pdn muke ko ! tu le balasan nyer ! bajet HOT sngt . PADAN MUKA KO !. hahhahah.

puas atie aq . ingtkn ko baek . rupe nyer ! HAMPEH ! HAMPEH ! HAMPEH ! HAMPEH !

mulut same je cam bdk KAMPUNG aq la . klu xde prkataan b**i mmg x sah !

2x5 je prngai ! ingtkn baek le ! xde  nk ckp bnde gitu ! rupe nyer x ! lgi HAMPEH dri aq jangke kan .

gi maen JAUH- JAUH la ko ! jgn bajet HOT la GEDIK .

MAT GIAN ! ( BAK kata kwn aq )

serve you !

huh ! LAKI sume same ! xbole di hrapkn ! muke je lawa ! tpi , MULUT xreti nk jge !

aq lanyak MULUT ko jdi BELACAN kang bru tahu  GEDIK !

Thursday, 16 June 2011

18 situasi ketika Kaum Hawa jatuh cinta !



1. Simpan gambar si lelaki yang mybe disnap sorok-sorok or diambil dari akaun Facebook si lelaki .


2. Mula merindui si lelaki yang berjauhan darinya . 

3. Mudah cemburu apabila si lelaki bersama dengan perempuan lain .

4. Terase malu apabila berada di hadapan si lelaki .

5. Nafas tercungap-2 apabila berada di hadapan si lelaki .

6. Akan mengatakan lelaki lain tidak sekacak , tidak sehebat dan tidak sebaik si lelaki itu .

7. Semua perkara yang dikatakan tentang lelaki itu , semuanya baik-baik .*Walaupun benda tu salah*

8. Martabat si lelaki diangkat setinggi yang mampu . 

9. Sentiasa mahu ada dimana si lelaki ada .

10. Akan memarahi sesiapa sahaja yang mengejek , menghina atau mencaci si lelaki .

11. Tidak menunjuk-nunjuk perasaan cinta kepada si lelaki .

12. Sentiasa buat yang terbaik untuk si lelaki .

13. Tidak suka melihat si lelaki bersedih hati .

14. Akan melakukan apa sahaja asalkan si lelaki bahagia , walaupun si lelaki bahagia bersama dengan yang lain .

15. Tidak akan mengecewakan si lelaki .

16. Suka skodeng apa yang dilakukan oleh si lelaki . *Secara senyap-senyap*

17. Suka mencari kekuatan dan kelemahan si lelaki .

18. Merelakan si lelaki pergi dari hatinya kerana hatinya milik Allah , bukan milik orang lain . 

Hati manusia milik Allah . Sepenuhnya milik Allah . BUKAN milik orang lain . 

Tuesday, 14 June 2011

Luaran dan Dalaman mana satu nak tengok ?? hmmm .

persoalan sye yg x pernah di jawab . nk tngk luaran or dalaman .

hmmm ... x phm ? mksud nyer . klu tgk laki tu nk tgk luarn ke dalaman . mne stu pnting .??

spe pakar !?? cer citer kat sye .

kongsi ilmu kan dpt pahala . bnyk gnjaran tau . . . xnk citer ke ?

hmm . xap la . TOLONG KOMEN ! .

nk tau mne satu lgi penting bgi korang ! ! !

kwn sye ckp :" PELA , jgn tgk luaran. "

tpi, klu nk tgk dalaman cam ane plak ? ? ? OPERATION dye ke ? HAHAHAH .

x psal-2 ank org mati kang . mampus kne saman . mne dtg duet nk byr klu kene saman . . .

dah la . cam mk nnek plak . asik BERLETER je . . .

BYE-2 . ASSALAMUALAIKUM . . .

JGN LUPE KOMEN ! 

Friday, 10 June 2011

SORRY ! ! !


sye mntak maaf tau awk ...

sye x sngaja ...sye x tau hidup awk cm mne . sye maen serkap jarang jer ...

cian awk .... skli lgi i'm so sorry k ???

sye xde niat ... tpi ,, pdn mke awk ...!

spe sroh bajet HOT sngt ??!! kn dah kne ...
=P

bkn salah sye . salah awk ... awk yg wat sye nk kutuk awk ..

btw ... sorry k ??

jgn remove sye . as ur friend tau !

syg awk ....

muuaaahhhxxx !

7 JENIS CINTA ...

1. Cinta al-Mawaddah ( PENUH KASIH MEMBARA)
   
     Cinta al-Mawaddah adalah jenis cinta menggebu-gebu, membara dan mekar. Orang yang memiliki cinta jenis

mawaddah, mahu selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya, dan hampir tidak

boleh melihat cinta yang lain. Kebiasaan cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru kahwin atau cinta

seorang hamba yang soleh kepada ALLAH. Sentiasa akrab dan intim.

2. Cinta ar-Rahmah ( PENGORBANAN)

     Cinta ar-Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia

melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding

diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan kekasih meskipun untuk itu dia harus menderita. Dia

sangat maklum akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

CINTA al-MAWADDAH dan ar-RAHMAH ini dipetik daripada SURAH ar-RUM ayat 21.


3. Cinta Kulfah ( MENDIDIK )

     Cinta kulfah adalah jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif

meskipun sulit seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu dan membersihkan kamar sendiri meskipun

ada pembantu. Menerusi didikan itu akan lahir pekerti yang rajin dan berdikari. Jenis cinta ini disebut di dalam

al-Quran ketika menyatakan bahawa ALLAH tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan

kemampuannya dan bertujuan mendidiknya agar menjadi manusia yang mandiri .

SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH dalam SURAH al-BAQARAH ayat 286.


4. Cinta al-Mailu ( TIDAK KERUAN )
 
     Cinta l-Mailu adalah jenis cinta yang bermusim dan tidak keruan. Ia berlaku dalam situasi tertentu yang

melibatkan pihak kedua atau ketiga. Sifat cinta ini adalah sementara membara, sehingga tertimbus seluruh

perhatian terhdap hal-hal lain. Cinta jenis ini di dalam al-Quran disebut dalam konteks orang berpoligami di

mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail ) , lebih cenderung mengabaikan

kepada yang lam. Hal ini dipetik daripada SURAH an-NISA' ayat 129.

5. Cinta asy-Syaghaf ( MABUK ASMARA)

     Cinta ini adalah jenis cinta yang sangat mendalam, membuta-tuli dan memabukkan. Orang yang diserang

cinta jenis ini menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak menyedari apa yang dilakukan.

AL-Quran menggunakan perumpamaan cinta syaghaf ketika mengisahkan bagaiman keadaan Zulaikha,

isteri pembesar Mesir kepada anak angkat bujangnya, Nabi Yusuf. Cinta ini mendesak Zulaikha untuk

berbuat zina dengan anka angkatnya. Tapi, ALLAH menyelamatkan Nabi Yusuf dari godaan ibu angkatnya.

SEBAGAIMANA merujuk SURAH YUSUF ayat 30.


6. Cinta Ra'fah (DAYUS )

     Cinta ini adalah jenis cinta yang menimbulkan rasa kasih yang dalam sehingga mengalahkan norma-norma

kebenaran misalnya ibubapa yang kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk

solat dan membelanya meskipun anak itu salah. Suami yang kasih kepada isteri sehingga sanggup membiarkan

isteri berbuat dosa. Ini adalah cinta dayus.AL-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan

manusia agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum ALLAH, dalam hal ini

menjurus dalam hukuman bagi penzina.

SEBAGAIMANA merujuk SURAH an-NUR ayat 2.


7. Cinta Shobwah ( SYAHWAT )

     Cinta ini adalh jenis cinta yang buta dan cinta yang mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.

AL-Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan

dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf memohon dimasukkan ke dalam

penjara kerana tidak ditakuti lama kelamaan Nabi Yusuf akan tergelincir dalam perbuatan yang bodoh.

SEBAGAIMANA merujuk kepada SURAH YUSUF ayat 33.




                    "AKU MENCINTAIMU KERAN AGAMA YANG ADA PADAMU, JIKA KAU
                    HILANGKAN AGAMA DALAM DIRIMU, HILANGKAN CINTAKU PADAMU"
                                                                  ( IMAM NAWAWI )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...